we could predict the predictable but be aware for what is unpredictable... life is a mystery that awaits u to reveal what is behind all things that happen in ur life... happy blogging!!!

Thursday, March 19, 2009

should ppsmi be banned???


salam...

today's issue... hurmm ppsmi... pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris... hot topics... in the parlimen, school and even in warung mamak... haha... big controversy, huh... in malay we call it polemik- suatu isu yang menjadi perbincangan ahli akademik-



rasanya, ppsmi ni ada pro dan konranya... baiknya ppsmi ni (menurut pandangan aku le... sebab pandangan setiap orang berbeza, dan ada gak yang tak boleh menerima pandangan orang lain... bahaya tu..) kita lagi mudah untuk menguasai subjek-subjek yang diajar dalam bahasa inggeris terutamanya di universiti di luar negara... pe lagi..... hurmm... lagipun banyak istilah-istilah baharu pada zaman teknologi ini dikeluarkan dalam bahasa inggeris... lagi-lagi kat manual pengguna untuk barang-barang elektronik... jarang aku tengok manual ni keluar yang bahasa melayu punya-melayu ke malaysia??- semua bahasa inggeris, india, cina.... haha...


kita punya bidang penterjemahan masih belum berkembang la.... jarang aku tengok ada buku-buku ilmiah dalam bahasa melayu... semua bahasa inggeris... contoh... yang aku suka baca... chemistry for dummies... takda pulak... kimia untuk budak-budak (betul ke aku terjemah ni??) buku art of war tak pernah aku jumpa yang bahasa melayu punya... huhu... tolonglah sesape yang mahir dalam bidang penterjemahan ni... buat la penterjemahan untuk buku-buku macam tu...


zaman umawi dulu, banyak dilaksanakan aktiviti-aktiviti penterjemahan tulisan-tulisan orang yunani dan rom ke dalam bahasa arab... pastu masa zaman reinassance kalau tak silap aku jugak... banyak berlaku penterjemahan karya-karya arab ke dalam bahasa ibunda mereka supaya mudah difahami dan dipelajari... maka.... berkembanglah ilmu pengetahuan di situ... lahirlah tokoh-tokoh zaman reinassance... leonardo da vinci, raphael, michaelangelo...


di malaysia... kita uar-uarkan nak kembangkan ilmu pengetahuan... lahirkan ilmuwan... tapi kalau nak mengharapkan seorang genius lahir terus dari perut mak.... susah le... harusnya ilmuwan ini dibentuk.... diajarkan ilmu... dididik dengan akhlak... dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran untuk hidup... hahaha...


harapnya... pada sesape yang ada terbuka blog ni... boleh la cadangkan kat sesape yang berminat atau berkebolehan untuk menterjemah buku... hidupkan la bidang penterjemahan di negara kita ni...


aku bukan tak bantah ppsmi... idea ppsmi ni aku dengar orang lain kata idea yang terburu-buru, tak tahulah cerita sebenarnya... kita kena la juga perjuangkan bahasa bangasa kita... tapi kalau sikap bangsa kita sendiri yang makin hari makin teruk, tiada jati diri seorang melayu.... kalau kita dapat selamatkan bahasa kita pun... melayu pasti akan hilang di dunia... masa tu sedikit demi sedikit... bahasa kita, identiti kita pun akan hilang... ditelan arus pemodenan akibat masalah yang melanda bangsa itu sendiri... masalah akhlak, politik, ekonomi..semangat bangsa melayu itu pun kini aku tengok dah lip lap lip lap dah... kejap ada kejap takde cam biskut chipmore... haha...


jadinya, perbetulkan bangsa kita dulu... baru lihat benda yang lain... hidupkan balik jati diri melayu asli dalam diri anak melayu...remaja..belia...dan warga tua... kasi segar balik... benda ni memang susah.... banyak kerja... kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam je... tapi it is not impossible....


bahasa jiwa bangsa, namun anak bangsa nyawa bangsa.... huhu...

0 comments:

Post a Comment

 

PREDICT THE PREDICTABLE Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008